Day.Light.Fright tawar kelainan, hantu keluar siang!

Iklan
D3D35DF8-3707-4613-BFD5-A5155FC3C187

JIKA sepanjang tujuh tahun lalu, pengunjung ke acara tahunan Nights of Fright akan mengerumuni Sunway Lagoon pada waktu malam untuk merasai suasana seram sempena Halloween.

Namun pada tahun ini, ‘hantu-hantu’ mereka nak keluar pada waktu siang pula!

Iklan
Iklan

Fuh! Lain macam hantu keluar siang!

Perubahan tersebut perlu dilakukan untuk mengikut piawaian standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Iklan

Mana tidaknya, kita kan tidak dibenarkan untuk mengadakan aktiviti pada waktu malam dalam kondisi orang ramai berkumpul.

Oleh sebab itu juga nama Nights of Fright telah ditukar kepada Day.Light.Fright sepanjang bulan Oktober ini.

Iklan

Korang boleh pilih untuk datang pada setiap hari Sabtu dan Ahad bermula 3 Oktober sehingga 1 September ini.

Lebih menarik korang juga boleh mendapatkan tiket Day.Light.Fright secara online dan jualan kini telah dibuka.

SinarPlus juga difahamkan Sunway Lagoon masih mengekalkan tiga buah rumah hantu mereka iaitu Horrorwood, Sharknado Alive, Zombie Lockdown dan sebuah teater berhantu (ScaryTales Theatre) yang memerlukan pengunjung masuk ke ruang gelap.

Benda kalau dah gelap gelita siang pun seram juga guys. Tak caya boleh la nanti try ajak kawan-kawan tengok macam mana pergi dia.

Selain daripada tarikan rumah hantu, menariknya pada tahun ini pengunjung akan dibenarkan untuk ‘enjoy’ di taman tema airnya. Haa berbaloi lah dengan harga tiket masuk betul tak?