SEMALAM hangat diperkatakan oleh warganet apabila tersebar video dan beberapa keping gambar memperlihatkan ramai anak muda yang beratur untuk memasuki IKM Lumut.
Ramai yang tertanya-tanya apakah yang sedang berlaku? Adakah kemasukan pelajar baru?
Menurut Facebook rasmi IKM Lumut [Official Pages], IKM Lumut menjadi tumpuan kerana terdapat temu duga terbuka oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad bertempat di Dewan Besar IKM Lumut.
Artikel berkaitan: Jijik! Kilang roti guna air tandas kotor
Menurut sumber, dianggarkan hampir lebih 2000 calon telah menghadiri temu duga tersebut, namun hanya separuh sahaja yang sempat ditemu duga.
Jumlah kehadiran ini adalah di luar jangkaan.
InsyaAllah, jika sudah tertulis rezeki, pasti tidak akan ke mana. Tahniah juga kepada semua yang hadir dan berusaha untuk mencari peluang pekerjaan. Semoga ada sinar untuk semua.
[caption id="attachment_21640" width="1024"] Sumber foto: Facebook IKM Lumut[/caption][caption id="attachment_21641" width="1024"] Sumber foto: Facebook IKM Lumut[/caption][caption id="attachment_21642" width="1024"] Sumber foto: Facebook IKM Lumut[/caption][caption id="attachment_21643" width="1024"] Sumber foto: Facebook IKM Lumut[/caption]