Wan Chik Daud meninggal dunia akibat komplikasi penyakit

Iklan
Untitled design (26)

PEMBACA berita veteran dan juga pelakon, Wan Chik Daud menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Lembah Keramat, kira-kira jam 10 pagi tadi.

Allahyarham menghidap kanser payu dara tahap empat, kencing manis, darah tinggi dan lumpuh meninggal dunia pada usia 80 tahun.

Iklan
Iklan

Wan Chik atau nama sebenarnya Wan Chik Othman merupakan antara pembaca berita kelahiran stesen televisyen kerajaan, RTM yang pernah masyhur sekitar tahun 1980-an.

Allahyarham Wan Chik pernah aktif sebagai pelakon menerusi filem Do Re Mi sebagai Milah dan Nasib Do Re Mi sebagai jururawat arahan Allahyarham Tan Sri P Ramlee pada tahun 1996.

Iklan

Wan Chik sebelum ini dilaporkan mengalami serangan angin ahmar ringan dua tahun lalu selepas pemergian suaminya yang juga pelakon, Allahyarham M Rajoli pada 2010.

Allahyarham mempunyai empat anak yang mana dua daripadanya menetap di Amerika Syarikat dan Singapura sementara dua orang lagi anaknya menetap di Kuala Lumpur.

Iklan

Jenazah dibawa ke Masjid Al-Khairiah AU3 Keramat untuk urusan mandi dan solat jenazah. Jenazah kemudian akan dikebumikan di tanah Perkuburan Ukay Perdana selepas solat Asar.