Sejarah Jalan Raja Laut 1 yang mungkin ramai tak tahu, kini tukar jadi Jalan Palestin

Iklan
BARU-BARU ini Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan nama Jalan Raja Laut kini ditukar kepada Jalan Palestin.

BARU-BARU ini Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan nama Jalan Raja Laut kini ditukar kepada Jalan Palestin.

Jalan Raja Laut adalah jalan utama di Kuala Lumpur, Malaysia. Ia dinamakan sempena nama tokoh dalam sejarah Melayu yang didakwa Penghulu Kuala Lumpur iaitu Raja Laut.

Iklan
Iklan

Unit Media Jabatan Perancangan Korporat DBKL menerusi satu kenyataan memaklumkan cadangan mewujudkan Jalan Palestin di Kuala Lumpur tercetus semasa Majlis Himpunan Hari Quds Sedunia yang diadakan di Dataran DBKL pada 26 hingga 31 Mei 2019 lalu.

Kenyataan itu memaklumkan dalam perhimpunan tersebut, Kementerian Wilayah Persekutuan memohon kepada pihak DBKL untuk menamakan sebatang jalan di Kuala Lumpur sebagai Jalan Palestin.

Iklan

Namun, Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa kelihatan tidak begitu senang dengan keputusan DBKL untuk menamakan semula"Jalan Raja Laut 1" menjadi"Jalan Palestin" seperti apa yang dikongsikan beliau di lawan Twitter miliknya.

Iklan

Annuar mengatakan bahawa dia tiada halangan jika sesuatu jalan dinamakan Jalan Palestin namun mempersoalkan alasan jalan yang diberi sempena nama tokoh dalam sejarah Melayu itu dipilih untuk diganti dan bukannya jalan dengan nama Inggeris.

Terdahulu, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan dan Duta Besar Palestin secara rasmi merasmikan Jalan Palestin di tengah-tengah pusat bandar raya Kuala Lumpur, semalam.

Ini menjamin dan memperluaskan hubungan dua hala antara kedua-dua negara yang bersaudara dan mengesahkan sokongan Malaysia dan rakyat Malaysia kepada Palestin serta rakyatnya