Lokasi ‘panas’ Covid-19 termasuk KLCC tidak dikesan dalam Hotsport tracker, ini penjelasan MySejahtera

Iklan
Lokasi ‘panas’ Covid-19 termasuk KLCC tidak dikesan dalam Hotsport tracker, ini penjelasan MySejahtera

BARU-BARU ini media sosial dan juga whatsapp kumpulan heboh dengan perkongsian berkenaan beberapa lokasi tumpuan utama pusat membeli belah kini dilabel sebagai kawasan hotspot Covid-19.

Orang ramai kini bimbang dan ada juga yang masih berteka-teki akan status sebenar kawasan tersebut kerana ia tidak dikesan oleh Hotspot Tracker MySejahtera.

Iklan
Iklan

MySejahtera menjelaskan lokasi yang dianggap sebagai hotspot Covid-19 di Hotspot Tracker adalah berdasarkan siasatan terperinci oleh Kementerian Kesihatan (KKM) setelah mengesahkan punca jangkitan atau kebolehjangkitan.

MySejahtera berkata demikian dalam kenyataan sebagai respons kepada kebimbangan yang dikongsi warganet di media sosial hari ini bahawa Hotsport Tracker menyatakan tiada kes Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 28 hari lepas dalam lingkungan 1km dari kawasan yang kes Covid-19 telah dilaporkan.

Iklan

Orang ramai bimbang dengan laporan bahawa NuSentral Mall, Gateway Mall, Sunway Pyramid Mall dan Suria KLCC telah melaporkan kes positif Covid-19 tetapi ia tidak dikesan dalam Hotspot Tracker.

MySejahtera berkata kesemua pusat beli-belah berkenaan bukan punca jangkitan mahupun potensi penyebaran virus Covid-19.

Iklan

MySejahtera adalah aplikasi yang dibangunkan oleh kerajaan Malaysia untuk membantu menguruskan pandemik Covid-19 di negara ini.