SEPERTI ramai sedia maklum, bermula 1 Oktober ini, para peminjam bank perlu menyambung pembayaran hutang bank selepas tamatnya tempoh moratorium pinjaman enam bulan, yang bermula April lalu.
Namun, sejumlah kategori mendapat beberapa kemudahan seperti penangguhan tiga bulan untuk mereka yang hilang kerja dan punca pendapatan.
Jika mereka masih berdepan masalah sama selepas tempoh itu, moratorium boleh dilanjutkan oleh bank tetapi bergantung kepada situasi individu peminjam.
Dengan erti kata lain, korang masih berpeluang membuat rundingan dengan pihak bank untuk mendapat bentuk bantuan tertentu atau persetujuan baharu dua pihak.
Seperti SME Bank, mereka juga menawarkan lanjutan moratorium dan bantuan bersasar kepada hampir semua pelanggannya yang layak menerusi Program Kemudahan PKS (SRP)
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam satu kenyataan media berkata, program SRP ini melibatkan 3,090 pelanggan dengan jumlah pembiayaan melebihi RM4.8bilion.
Sementara itu Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Aria Putera Ismail berkata, SME Bank merangka Program SRP dengan mengambil kira keperluan dan keteguhan aliran tunai perniagaan setiap pelanggan.