“Dah tahu Sabah ada kes kenapa pergi juga...” - Jawapan Nizam Laksamana buat ramai terkedu

Iklan
“Dah tahu Sabah ada kes kenapa pergi juga...” - Jawapan Nizam Laksamana buat ramai terkedu

PENYANYI Nizam Laksamana mengakui beliau telah ke Sabah sebelum pilihan raya lalu atas urusan kerjanya sebagai penyanyi. Sekembalinya dia ke Semenanjung, Nizam telah menjalani kuarantin di rumahnya.

Namun terdapat suara-suara yang kurang manis didengar berbunyi;"Dah tahu sana ada kes kenapa pergi juga?” Jawapan Nizam ini akan buat ramai terkedu.

Iklan
Iklan

Jelas Nizam,"23hb saya ke Sabah atas urusan kerja hakiki. Saya dengar ada kes di sana namun belum lagi PKPDB. Selama saya di sana saya cukup jaga SOP. Sentiasa memakai mask, periksa suhu badan, sentiasa sanitize tangan, mandi kerap dan saya jaga penjarakan.

Iklan

Menceritakan pengalaman lanjut;"Semalam balik Kuala Lumpur dari Kota Kinabalu, sampai KLIA2 jam 12:10 malam semua penumpang diarah masuk ke tempat menunggu untuk saringan Covid 19.

Iklan

Tambah Nizam, sesampai dia di rumah, isterinya sudah menyediakan bilik kuarantin khas untuknya kerana menurut pihak KKM, dia mesti memastikan agar tiada sebarang sentuhan selama kuarantin di rumah dan mesti memakai mask.

Jawapan Nizam ini telah menarik perhatian ramai termasuk daripada kalangan artis yang turut memberi semangat pada Nizam.

Bagi yang lambat faham, Nizam ke Sabah adalah untuk memenuhi undangan menyanyi yang telah dipersetujui.