"SETIAP pagi saya keluar pergi kerja saya keluar macam biasa. Saya naik motor tapi tak beritahu isteri saya telah dibuang kerja.
Begitulah pengakuan seorang pemuda kepada sebuah stesen radio pagi semalam.
Katanya, dia bertindak sedemikian kerana diselubungi rasa bersalah dan tidak sampai hati untuk memberitahu isterinya yang dia telah dibuang kerja.
Menurutnya, semua orang tengah struggle cari kerja sekarang.
Menceritakan kisahnya, pemuda itu memberitahu dia kehilangan kerja disebabkan perintah kawalan pergerakan sebelum ini.
Artikel berkaitan: Ultraman kecek Klate, imaginasi tinggi Tok Dalang termuda Malaysia
Bermacam-macam kerja yang dilakukan sepanjang tiga bulan ini dan akhirnya dipertengahan September dia mendapat perkhabaran gembira apabila mendapat kerja baru.
Justeru, apa jua rintangan yang kita hadapi, percayalah jika kita berusaha dan yakin, Allah akan memberi ganjarannya kelak.