Sardin tin masak lemak cili padi lebih sedap daripada guna ikan segar

Iklan
Sardin tin masak lemak cili padi lebih sedap daripada guna ikan segar

SELALUNYA sardin tin yang korang beli tu buat masak sambal je kan?

Tahukah anda sardin itu sedap dimasak menjadi menu masak lemak cili padi.

Iklan
Iklan

Ia dikatakan lebih sedap daripada menggunakan ikan segar atau ikan biasa.

Katanya, menu ini resipi popular dari Negeri Sembilan.

Iklan

Mari kita cuba masak lemak cili padi sardin ini untuk merasai kelainannya.

Bahan-bahannya:

Iklan

  • 1 tin sardin saiz besar
  • 5 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 7 biji cili padi
  • 1 batang serai
  • 1 helai daun kunyit
  • 250ml santan
  • 3 biji ubi kentang
  • 2 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • 2 keping asam gelugur
  • 300ml air
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya
  • Minyak masak secukupnya

Artikel berkaitan: Senangnya buat sambal telur pecah… menyelerakan!

Cara memasak

1. Kisar bawang merah, bawang putih, serai, halia dan kunyit hidup. Ketepikan.

2. Panaskan periuk, masuk sedikit minyak dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar tadi. Masuk air kira-kira 300ml. Setelah mendidih, masukkan santan, garam dan daun kunyit, kecilkan api.

3. Masuk kentang dan setelah kentang sedikit lembut, masukkan cili padi dan ikan sardin dengan sosnya sekali. Biarkan sekitar 5 minit, mati akan api dan angkat.

4. Boleh hias dengan sedikit hirisan daun limau purut sebelum dihidangkan. Sedia dinikmati.

* Ikan sardin boleh digoreng sedikit terlebih dahulu mengelakkan hancur.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!