Kecoh isu Siti Sarah dan Shuib dipanggil SPRM, ini yang terjadi

Iklan
Kecoh isu Siti Sarah dan Shuib dipanggil SPRM, ini yang terjadi

EKORAN pasangan selebriti, Siti Sarah dan Shuib dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam, akhirnya Siti Sarah tampil memberi penjelasan.

Menerusi laman Intagram miliknya, katanya mereka dipanggil hanya untuk memberi kerjasama.

Iklan
Iklan

Semalam, pengurusnya, Nana Mohamad Rom turut menyatakan hanya keterangan Shuib sahaja yang diambil oleh pihak SPRM manakala Sarah hanya menemani suaminya sahaja.

Iklan

Artikel berkaitan: Tawaran tak masuk akal, Nazia Mustafar luah rasa kecewa

Iklan

Terdahulu media melaporkan pasangan selebriti itu dipercayai dipanggil SPRM semalam setelah disyaki terlibat dalam kes penggubahan wang haram membabitkan perniagaan air yang dijalankan mereka.

Semalam, pasangan selebriti itu hadir ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya untuk diambil keterangan membabitkan kes tersebut.

Difahamkan selain Sarah dan Shuib, beberapa individu termasuk selebriti lain yang mempunyai kaitan dengan kes terbabit mungkin akan dipanggil.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki mengesahkan terdapat pasangan selebriti dipanggil pihaknya, namun beliau enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.