Wang kertas 10,000 dolar Brunei senasib dengan note RM500 dan RM1,000

Iklan
Wang kertas 10,000 dolar Brunei senasib dengan note RM500 dan RM1,000

MATA wang dengan nilai terbesar Brunei iaitu wang kertas 10,000 dolar Brunei bersamaan US$7,334.30 dilaporkan akan dihentikan pengeluaran dan pengedarannya tidak lama lagi.

Memetik Buletin Borneo, agensi berita Xinhua itu melaporkan Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD) menyatakan berkuat kuasa 2 November, wang kertas 10,000 dolar Brunei tidak akan dikeluarkan lagi ke semua bank di Brunei dan kemudiannya akan ditarik dari peredaran.

Iklan
Iklan

"Bagaimanapun, wang kertas 10,000 dolar Brunei akan tetap sah dan akan mengekalkan nilai mukanya.

Iklan

"Keputusan untuk menarik balik wang kertas itu adalah salah satu langkah oleh AMBD untuk mengurangkan risiko yang berkaitan dengan jenayah kewangan seperti pengubahan wang haram, pembiayaan keganasan dan pemalsuan wang kertas dengan nilai tinggi," tambah AMBD dalam satu kenyataan.

AMBD juga menggalakkan orang ramai untuk menggunakan pelbagai kaedah pembayaran alternatif yang terdapat di Brunei seperti kad debit atau kredit dan pembayaran dalam talian untuk transaksi bernilai tinggi.

Iklan

Nampaknya wang kertas 10,000 dolar Brunei senasib dengan wang kertas RM500 dan RM1,000 telah dihentikan pengeluarannya.

Bank Negara Malaysia (BNM) pada 12 September 1998 mengumumkan bahawa wang kertas denominasi RM500 and RM1,000 dinyahwang dan telah ditarik balik sah lakunya bermula 1 Julai 1999.

Cuba korang cek balik ada lagi ke simpan wang kertas RM500 atau RM1,000. Jika ada, korang masih boleh tukar dan serahkan kembali kepada BNM dan nilai tukarannya juga masih sama.