Shuib lalui proses siasatan selama 23 jam di SPRM

Iklan
Shuib Sepahtu & Siti Sarah

SEMALAM hangat diperkatakan mengenai pasangan selebriti pelawak Shuib Sepahtu dan isteri, Siti Sarah yang dipanggil ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipercayai berkaitan siasatan penggubahan wang haram.

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad, 36, menerusi perkongsian di laman Instagramnya sebentar tadi meluahkan rasa syukur apabila proses tersebut berjalan lancar.

Iklan
Iklan

"Alhamdulillah, syukur. Terima kasih pada semua yang mendoakan saya dan isteri.  Saya dipanggil untuk membantu siasatan SPRM berkenaan AMLA.

"Terima kasih pada pihak SPRM kerana memberi layanan yang sangat baik pada saya sepanjang 23 jam siasatan,” ujarnya.

Iklan

Dalam pada itu, pelawak yang juga seorang usahawan itu menganggap apa yang berlaku sebagai satu dugaan buatnya dalam bidang perniagaan.

"Saya anggap ini satu cabaran dan dugaan dalam bisnes.  Doakan perniagaan #BubbleBee kami terus maju dan memberi manfaat pada semua orang.

Iklan

"U pray for the Rain, u have to deal with the mud also,” katanya.

 

(FOTO: Instagram Shuib Sepahtu)