SEMUA pergerakan sekarang ni terhad jadi ramai pekerja kerja dari rumah. Nak meeting’ tak boleh, berjumpa dan berborak bersama rakan-rakan, apatah lagi. Mesti ada yang rindu mendengar dan melihat telatah rakan sekerja kan?
Usah gusar terdapat banyak aplikasi yang boleh digunakan untuk ‘jumpa’ kawan, saudara-mara, rakan kerja ataupun kekasih. Ini cara yang anda boleh ‘jumpa’ mereka.
a) Whatsapp video call
Menerusi aplikasi Whatsapp, pengguna aplikasi boleh membuat video call seramai empat orang sahaja. Jadi bagi mereka yang rindu telatah dan ingin bersemuka semasa bercakap boleh ‘jumpa’ dengan mereka di Whatsapp. Boleh borak selama mana yang kita nak tanpa perlu keluar rumah.
b) Zoom
Aplikasi zoom adalah sangat sesuai digunakan bagi mereka yang nak video call beramai-ramai sehingga boleh mencecah sampai 100 orang. Aplikasi ini selalunya digunakan oleh syarikat yang ingin mengadakan meeting bersama dengan pekerja tanpa perlu keluar rumah dan bertemu di pejabat.
c) Discord
Aplikasi discord ini kebanyakkan digunakkan oleh gamers untuk membuat video call di antara mereka di rumah. Jadi mereka tidak perlulah berkumpul beramai-ramai di kafe internet untuk bermain game bersama-sama.
d) Instagram Video call
Instagram adalah merupakan aplikasi yang cukup popular dalam kalangan remaja sekarang ini. Video call di Instagram ini boleh memuatkan 4 orang sahaja. Kita boleh video call dengan sesiapa sahaja tidak kisah kawan yang sudah kita kenal atau kawan baru. Mudah kan?
e) Google hangouts
Aplikasi goggle hangouts selalunya digunakan oleh pelajar-pelajar IPTA untuk membuat video call kelas bersama dengan pensyarah mereka. Goggle hangouts boleh memuatkan ramai orang dan tidak terhad jumlahnya.
Mudah kan? Kita tidak semestinya harus berjumpa apabila kita ada urusan bersama rakan-rakan atau pun rakan kerja kita. Buat masa ini anda semua boleh ‘jumpa’ mereka melalui aplikasi di atas. Cubalah.
Penulis: Fatin Syazwani Mohd Hanif
Foto: engadget, zoomblog, livestreamfails, techdisroom, KlGadgetGuy dan commonsensemedia