Kerajaan tak berhasrat untuk laksanakan PKP semula, ini 7 perkara penting yang perlu kita buat

Iklan
Kerajaan tak berhasrat untuk laksanakan PKP semula, ini 7 perkara penting yang perlu kita buat

SEJAK berakhirnya Pilihan Raya Negeri (PRN) di Sabah baru-baru ini, angka kes yang dilaporkan positif Covid-19 tiba-tiba meningkat mendadak sehingga beberapa sekolah juga terpaksa ditutup buat sementara waktu.

Oleh demikian, sekiranya terdapat peningkatan kes positif Covid-19 di seluruh negara, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) Secara Pentadbiran akan dilaksanakan mengikut lokaliti seperti apa yang kini sedang berlaku di Pantai Timur Sabah.

Iklan
Iklan

Memetik laporan portal media tempatan, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan tidak berhasrat untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara seperti yang telak dilaksanakan 18 Mac lalu.

Iklan

Mengambil contoh di Selangor, beliau berkata, jika terdapat kes yang meningkat dengan ketara, PKPD Secara Pentadbiran akan dilakukan mengikut kawasan tertentu.

Iklan

Oleh itu, kita seharusnya tenang dan tidak mudah panik atau membuat kesimpulan awal terhadap situasi yang berlaku hari ini.

Ada lebih baik kita sentiasa berjaga-jaga dan sama-sama membantu pihak kerajaan membendung wabak ini supaya ia tidak terus menular.

Antara perkara mudah yang boleh kita lakukan atau amalkan adalah seperti :

1. Kanak-kanak dan warga emas tidak digalakkan lagi untuk makan di kedai atau restoran.

2. Kanak-kanak dan warga emas juga tidak digalakkan melawat pasar raya, taman tema atau di mana-mana tempat yang menjadi tumpuan orang ramai.

3. Amalkan peraturan ketat kepada anak-anak atau ahli keluarga selepas balik sekolah atau ke mana saja iaitu dikehendaki untuk mandi sebersih-bersihnya sebelum menyentuh sesiapa di rumah.

4. Dikehendaki untuk sentiasa membasuh tangan sekerap mungkin.

5. Tidak boleh bersalam dengan sesiapa sahaja ketika bertemu. Hanya menunduk kepala dan meletakkan tangan di dada.

6. Sentiasa meminum vitamin C dan segala Vitamin tambahan lain dan keperluan yang penting.

7. Tidak digalakkan untuk keluar rumah, berkumpul, melepak di kedai mamak atau bertemu siapa sahaja jika bukan atas urusan yang penting.

Amalan tersebut perlu diguna pakai sehingga keadaan Covid-19 betul-betul kembali single digit dan tiada kluster baru dilaporkan.

Semoga bermanfaat!