Nenek Zizan Razak meninggal dunia

Iklan
Zizan Razak

PELAKON dan pelawak, Zizan Razak berkongsi berita duka kehilangan neneknya, Zainoon Abdullah yang meninggal dunia di Hospital Dungun, Terengganu pada jam 11.57 pagi tadi.

Zizan, 36, memaklumkan berita tersebut menerusi laman Instagram miliknya sebentar tadi.

Iklan
Iklan

"Al Fatihah buat Zainoon Abdullah yang baru sahaja menghembuskan nafas terakhir jam 11.57 pagi tadi.

"Semoga rohnya dicucuri rahmat dan bersama orang orang yang beriman juga dipermudahkan segalanya,” tulis Zizan ringkas.

Iklan

Pelakon filem Polis Evo itu sebelum ini pernah beberapa berkongsi tentang keadaan kesihatan arwah neneknya yang tidak begitu baik sejak awal September lalu.

Malah Zizan sejak akhir-akhir ini juga sering berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Terengganu untuk bersama keluarga dan memberikan sokongan pada arwah.

Iklan

 

(FOTO: Instagram Zizan Razak)