Dihalau kawan dari rumah, dipulau keluarga gara-gara buat ujian Covid-19-Mangsa

Iklan
feature calvin

CALVIN LIM, 36, (bukan nama sebenar) masih teringat lagi detik menakutkan suhu badannya naik mendadak pada awal Ogos lalu.

Ujar lelaki itu, emosinya bercampur-baur. Pendek kata, semua perasaan negatif seperti takut, stres dan risau bersarang dalam benaknya.

Iklan
Iklan

Enggan membiarkan dirinya dihambat emosi yang boleh meruntuhkan moral dan semangatnya, Calvin lantas ke hospital swasta untuk pemeriksaan.

Iklan

[caption id="attachment_22510" width="1024"] SELEPAS beberapa ketika membuat ujian Covid-19, Calvin diminta membuat ujian denggi selepas seluruh anggota badannya seram sejuk dan sendi-sendinya terasa sakit. Apa jadi kepadanya selepas itu?[/caption]

Iklan

Ketika mewawancaranya, kami mengamalkan penjarakkan fizikal sejauh lebih dua meter dan memakai pelitup muka.

Ujar Calvin, sebaik memberitahu dirinya ada kontak rapat dengan bekas pesakit Covid-19 kepada petugas hospital, beliau terus diminta menjalani ujian saringan Covid-19.

Dipulau

Trauma terhadap penyakit belum lagi pudar, Calvin dihimpit lagi dengan ujian berat.

Kali ini, rakan-rakannya yang mendiami apartmen yang sama dengannya memintanya keluar dari kediaman itu.

(Artikel berkaitan: Bila demam, ramai keliru terkena virus Covid-19 atau denggi, pakar dari dalam dan luar negara beri penjelasan…

[caption id="attachment_22511" width="1440"] MANGSA diusir dari rumah oleh rakan-rakan serumahnya yang bimbang diri mereka dijangkiti virus sama. Calvin dengan berat hati keluar dari kediaman tersebut termasuk menghantar notis kerja 24 jam. [/caption]

Beritahu Calvin lagi, beliau juga mengambil keputusan untuk tidak berjumpa ahli keluarganya kerana ada di antara mereka yang turut memandang serong terhadapnya.

"Sekarang saya sudah faham kenapa ramai bekas pesakit Covid-19 meluahkan rasa sedih dan kesal kerana disisihkan oleh masyarakat meskipun sudah disahkan pulih.

"Mereka ingat kalau demam saja, mesti kena Covid-19. Hidup kita memang sukar kalau tiada sokongan moral," katanya yang kini bekerja sebagai penulis kandungan di sebuah syarikat antarabangsa dan tinggal bersendirian di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.

 

Sumber gambar: Freepik & Unsplash