Sakit tekak biasa atau Covid-19, ini cara kenal pasti simptom jangkitan

Iklan
Sakit tekak biasa atau Covid-19, ini cara kenal pasti simptom jangkitan

WABAK virus Covid-19 masih lagi menjadi topik hangat global.

Kini, sudah lebih setengah tahun dunia dilanda dengan wabak pandemik ini dan kita masih tidak mempunyai sebarang alternatif untuk merawatnya.

Iklan
Iklan

Kebanyakan individu sudah pun familiar dengan simptom yang boleh dialami oleh mereka yang dijangkiti virus seperti demam, sakit tekak dan sesak nafas.

Iklan

Mekanisme jangkitan virus Covid-19 agak kompleks dan manifestasinya hampir sama dengan penyakit lain.

Oleh sebab itulah simptom seperti sakit tekak atau sakit kerongkong sukar untuk dibezakan dengan jangkitan virus lain.

Iklan

Secara amnya, kesemua virus yang berasal daripada keluarga coronaviridae mempunyai 4 protein yang menjadi tunjang utama bagi meningkatkan potensi kebolehjangkitan mereka.

  • Protein pepaku (spike)
  • Membran
  • Nukleokapsid
  • Protein selubung (envelope)
  • Protein pepaku yang terdapat pada permukaan virus ini membentuk struktur seakan-akan mahkota.

Oleh sebab itulah ia diberi nama corona yang membawa maksud mahkota dalam bahasa latin.

Struktur ini mempunyai bahagian yang membolehkan ia melekat pada reseptor yang dikenali sebagai angiotensin converting enzyme 2 (ACE2).

Reseptor ACE2 dimiliki oleh pelbagai jenis organ termasuklah peparu manusia.

Kemudiannya, maklumat genetik virus yang dikenali sebagai RNA akan memasuki struktur nukleus sel (pusat kawalan sel) untuk melalui proses replikasi.

Kesan daripada proses biologi ini, lebih banyak protein virus dapat dihasilkan dan virus yang baru terbentuk akan berlepas keluar untuk menjangkiti sel lain.

Apa yang membezakan struktur virus korona baharu dengan spesies virus korona yang lain adalah protein pepakunya boleh bertindak balas dengan enzim lain yang dikenali sebagai furin.

Hidung atau tekak (oral), yang mana satukah saluran utama jangkitan Covid-19?

Ramai sudah sedia maklum bahawa jangkitanCovid-19boleh disebarkan melalui titisan air yang keluar ketika seseorang itu bersin dan batuk.

Selain itu, mereka yang menyentuh permukaan yang tercemar dengan virus (fomit) turut berisiko mengalami jangkitan.

Artikel berkaitan: Bila demam, ramai keliru terkena virus Covid-19 atau denggi, pakar dari dalam dan luar negara beri penjelasan…

Perkara ini secara tidak langsung membuktikan transmisi virus berlaku melalui hidung sebagai saluran utama sebelum ia bergerak masuk menerusi ruangan oral dan akhirnya peparu.

Jumlah reseptor ACE2 yang terdapat pada ruangan hidung adalah lebih tinggi berbanding dengan kawasan lain pada saluran pernafasan manusia.

Ini bermakna, virus Covid-19 yang berupaya untuk masuk ke dalam hidung mudah untuk menyebabkan jangkitan.

Perkara ini mampu mempengaruhi angka reproduktif asas (R-naught, R0) yang merupakan anggaran jumlah individu yang boleh dijangkiti melalui seorang yang berjangkit.

Virus lain seperti influenza, SARS dan selesema, kesemuanya mempunyai ciri-ciri yang sama dengan virus Covid-19.

Jumlah reseptor sasaran virus tertumpu pada saluran pernafasan atas.

Oleh sebab reseptor ACE2 turut terdapat pada sel yang menghuni sistem gastrousus manusia, simptom seperti cirit-birit boleh menjadi manifestasi tidak lazim bagi jangkitan COVID-19.

Simptom sakit kerongkong, adakah saya perlu melakukan ujian COVID-19?

Sukar untuk kita buat kesimpulan berdasarkan kepada simptom semata-mata memandangkan ia tidak spesifik kepada jangkitan Covid-19.

Walau bagaimanapun jika anda mempunyai kriteria berikut, anda perlu membuat ujian saringan dan mengkuarantinkan diri selama 14 hari:

Apa yang anda perlu ingat adalah jika anda tergolong dalam mereka yang mempunyai kriteria di atas, kuarantin adalah langkah terbaik.

Simptom yang dialami perlu dipantau dan jika anda mengalami simptom teruk seperti sesak nafas, hubungi hospital berdekatan sebelum bergerak pergi.

Ia bagi memastikan kakitangan kesihatan bersedia menerima kes anda yang disyaki/disahkan positif Covid-19.

Buat masa sekarang, jika anda mengalami simptom ringan seperti sakit kerongkong, demam dan batuk, adalah lebih baik untuk anda mengkuarantinkan diri.

Sumber: Hellodoktor