Pedang pancung kepala pesalah yang masih berdarah jadi koleksi anak muda Kelantan

Iklan
Pedang pancung kepala pesalah yang masih berdarah jadi koleksi anak muda Kelantan

LAIN orang lain hobinya. Ada yang suka hobi murah dan ada juga yang sanggup berhabisan demi kepuasan diri.

Seperti seorang peniaga pasar malam yang dikenali sebagai Mohamad Fauzi Kamaruddin, dia tidak kisah menghabiskan ratusan ribu ringgit demi hobi.

Iklan
Iklan

Hobi Mohamad Fauzi mengumpul artifak bersejarah termasuk sebilah pedang dianggar berusia 300 tahun yang dipercayai digunakan untuk memancung kepala pesalah pada zaman itu.

Memetik laporan portal media tempatan, pemuda berusia 38 itu berkata, dia mula mengumpul barang bersejarah sejak usia belasan tahun dan menjadikan kediamannya di Jalan Kuala Krai sebagai galeri yang dinamakan Galeri Kraf Warisan Purba untuk menempatkan lebih 10,000 artifak miliknya.

Iklan

Di kediaman beliau juga terdapat pelbagai artifak seperti pedang, keris, lembing, ukiran pintu dan tingkap, cincin, pinggan mangkuk termasuk basikal lama yang dipamerkan.

Iklan

Mohamad Fauzi berkata, antara koleksi beliau yang disifatkan unik ialah sembilan bilah keris lama yang dibuat oleh penempa terkenal dari tanah Jawa digelar ‘Pandai Saras’, lebih 100 tahun lalu.

Koleksi lain ialah beberapa bilah kapak kecil yang dipercayai pernah digunakan oleh pengikut Tok Janggut ketika menentang British di Pasir Puteh.

Mohamad Fauzi juga tidak keberatan sekiranya ada mana-mana pihak berhasrat membuat kajian terhadap artifak yang dimilikinya itu demi manfaat bersama.

Fuh, bukan kaleng-kaleng koleksi pemuda ini kan? SinarPlus sendiri kalau berkesempatan teringin juga nak melawat galeri Mohamad Fauzi.

Dapat lihat depan mata pedang memancung berusia ratusan tahun itu juga dah kira satu bonus!