Beli barang online jer, tak perlu keluar rumah

Iklan

PASTI anda sedang mengangguk lemah kerana dalam situasi sekarang susah untuk ke mana-mana.

Jangan risau, segala-galanya ada di hujung jari anda. Boleh beli barang secara online jer.

Iklan
Iklan

Antara pilihan pautan pembelian atas talian untuk mendapatkan keperluan harian:

    Iklan

  1. Tesco Online

Iklan

Foto: Tesco.com.my

Tesco Online merupakan pasar raya pertama di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan penghantaran. Kebanyakan daripada penduduk bandar pasti sudah menggunakan perkhidmatan penghantaran Tesco ini.

  1. Jaya Grocer

Foto: Jaya Grocer FB

Dalam kekalutan ini, pasti ramai yang tak tahu bahawa bukan Tesco sahaja yang menawarkan perkhidmatan penghantaran online. Pasaraya lain seperti Jaya Grocer juga menawarkan perkhidmatan penghantaran barangan runcit ke pintu rumah anda terus setiap hari.

  1. Mydin

Foto: Mydin.com.my

Mydin sesuai bagi anda yang ingin membeli barangan keperluan rumah seperti pencuci pinggan, pencuci pakaian dan kelengkapan rumah yang lain pada harga yang berpatutan dan pelbagai pilihan. Justeru jangan lupa 'singgah' ke Mydin.

  1. The Little Mart

Foto: thelittlemart.com

The Little Mart memilih nilai yang terbaik kepada pelanggan dan menjaga ramuan yang terkandung dalam produk (less additives, less fat and sugar, local compliance)

  1. TM Farms

Foto: healthworks.my

TM Organic Farms menyediakan buah-buahan organik, ayam, telur serta susu segar tanpa pengawet.

Senarai pilihan pembelian online di atas adalah bagi kemudahan rujukan pembeli sahaja. Masih terdapat banyak lagi pilihan pembelian online yang lain.

Pembeli juga dinasihatkan untuk sentiasa mengamalkan kaedah pembelian atas talian yang selamat.

Kekal selamat dan sihat bersama keluarga anda dan patuhi perintah kawalan pergerakan.

PENULIS: NURUL ADRIANA AMIR