BIADAB! Walau apa pun alasan oleh lelaki itu, sangat tidak wajar untuk bertindak menyimbah air pada jurutol berkenaan.
Gadis yang dikenali sebagai Faten itu hanya menjalankan tugas sebaiknya.
Mengimbau semula detik dirinya disimbah milo ais, Faten menceritakan apa sebenarnya yang terjadi.
Faten turut memberi pilihan untuk lelaki itu membayar RM2.
Artikel berkenaan: Wartawan pulang dari PRN Sabah positif Covid-19, ramai lagi senasib rupanya
Menurut rakaman kamera litar tertutup (CCTV) tol berkenaan, lelaki yang menaiki kereta Perodua Bezza kemudian beredar tinggalkan mangsa.
Video rakaman itu kini viral di media sosial dan mengundang banyak reaksi netizen mengecam lelaki biadap itu.
Sehubungan itu, menurut Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Risikin Satiman berkata, lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan susulan laporan yang dibuat mangsa kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
"Tangkapan suspek ini susulan laporan polis yang dibuat mangsa pada jam 4.25 petang semalam. Siasatan mendapati kejadian pada jam 7 pagi itu berlaku ketika mangsa yang bertugas di Plaza Tol KESAS dari Puchong menghala ke USJ didatangi suspek yang memandu Perodua Bezza masuk ke lorong tol dan mahu membuat tambah nilai," katanya.