"ALLAHUAKBAR! menggigil badan aku menahan marah... dia pakai gelang pink weh! Gelang pink..."
Begitulah perkongsian seorang pengguna Facebook, Sri Suzaidah Masri apabila melalui detik cemas ternampak seorang lelaki memakai gelang merah jambu sewaktu membeli barang di sebuah pasar raya di Melaka.
Kejadian yang berlaku semalam itu ternyata mengejutkan Sri Suzaidah dan beberapa orang awam yang berada di pasar raya tersebut.
Sri Suzaidah memang berasa sangat marah kerana baginya, lelaki tersebut sangat bersikap penting diri.
Kongsinya, sedang elok tengah memilih ayam segar, ternampak mereka baru masuk... gelang pink tu memang takkan nampak kalau pandang dengan mata kasar.
Artikel berkaitan: "Hak ibu bapa nak pastikan nyawa anak-anak kita selamat”- Perkongsian Cikgu Fadli buat mak ayah
Menurut Sri Suzaidah, dia dengan cepat keluar dari tempat itu dan terus mendapatkan pengurus pasar raya tersebut.
Sri Suzaidah turut mengingatkan pengurus tersebut membuat laporan polis kerana sepatutnya individu memakai gelang pink tak boleh keluar rumah dan tak boleh masuk tempat orang ramai.
Ujarnya juga,"Tak kisahla kau positif ke negatif ke selagi kau pakai gelang pink, kau kena duduk diam-diam kat rumah.”
Sumber: FB Sri Suzaidah Masri