Hampir dua tahun menanti, Randy Pangalila kongsi berita gembira

Iklan
Untitled design (2)

PELAKON popular Indonesia, Randy Pangalila berkongsi rasa teruja dan gembira apabila isterinya, Chelsey Frank kini sedang berbadan dua.

Berita gembira itu diumumkan sendiri aktor itu menerusi akaun Instagram miliknya.

Iklan
Iklan

"Seorang juara bakal dilahirkan, tak sabar untuk bertemu kamu. Ya, saya bakal menjadi ayah," tulisnya.

Biarpun tidak berkongsi lanjut mengenai usia kehamilan isterinya, namun semua pengikut Instagram Randy tidak ketinggalan memberi ucapan tahniah.

Iklan
Iklan

Randy dan Chelsey yang berasal dari Kanada telah berkahwin pada 19 Januari 2019 di Bali, Indonesia.