Kes kematian ke-140 bayi umur setahun, ibu bapa jangan mudah leka!

Iklan
Kes kematian ke-140 bayi umur setahun, ibu bapa jangan mudah leka!

BERITA menyedihkan terpaksa dikongsikan umum hari ini apabila seorang bayi perempuan warga tempatan berusia setahun merupakan salah sorang daripada empat jumlah korban terbaharu akibat Covid -19 yang direkodkan.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noo Hisham Abdullah, kes kematian ke-140 itu telah mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Semporna pada 1 Oktober lalu.

Iklan
Iklan

Iklan

Sejak kerajaan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada 4 Mei lalu, ramai dalam kalangan ibu bapa dilihat mula mengambil kesempatan membawa anak-anak mereka keluar.

Sebahagian besar kini dilihat bersama anak-anak keluar membeli-belah dan mengunjungi kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai seperti di shopping mall.

Iklan

Ya! Virus pembunuh ini tidak boleh dilihat, disentuh mahupun dirasa. SinarPlus percaya jika virus ini mampu dilihat, tidak siapa dalam kalangan kita berani untuk keluar dari rumah.

Justeru, dalam hal ini, hanya ibu bapa yang mampu menjadi benteng pertahanan untuk mengelak anak mereka daripada menjadi mangsa serangan virus yang setakat ini sudah meragut ratusan nyawa di negara ini.

Kesedaran dalam kalangan ibu bapa amat dituntut selain perlu memainkan peranan memberi didikan kepada anak-anak supaya mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi.

Jangan disebabkan hanya hendak menggembirakan anak-anak dengan membawa keluar berjalan pada hujung minggu misalnya, ibu bapa pula terpaksa bersedih apabila anak-anak terpaksa mendapatkan rawatan di hospital angkara kecuaian sendiri selepas dijangkiti Covid-19.

Oleh demikian, sama-samalah kita amalkan langkah-langkah seperti mencuci tangan dengan kerap dan tidak menyentuh mulut, hidung dan mata dengan tangan yang kotor.

Hal tersebut menjadi langkah utama untuk mengelakkan jangkitan dalam kalangan orang ramai tidak mengira usia. Langkah-langkah ini membantu melindungi individu itu sendiri dan juga orang di sekeliling mereka.