Ayah pun rindu dekat Ain dan adik - Shuk Sahar

Iklan
Shuk Sahar

PENYAMPAI radio dan pelawak Shuk Sahar terpaksa berjauhan seketika dengan isteri dan anak-anaknya yang kini sedang menjalani kuarantin di kediaman mereka.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di lama Instagram miliknya, Shuk atau nama penuhnya Mohammad Shukri bin Mohamed Sahar, 34, berkongsi detik anak-anak yang meluahkan rasa rindu.

Iklan
Iklan

"Ayah, Ain nak sayang ayah. Pegang tangan Ain ni.

"Ayah pun rindu dekat Ain dan adik. Nanti Ain dah habis kuarantin gelang pink, ayah balik peluk semua,” ujar Shuk, sayu.

Iklan

https://www.instagram.com/p/CGB12NXDh_8/?utm_source=ig_web_copy_link

Ramai yang berkongsi rasa sayu melihat kedua-dua anak Shuk mahu memeluk pelawak tersebut namun tidak dapat berbuat demikian kerana mereka dalam tempoh kuarantin.

Iklan

Isteri Shuk, Rossalennah Natassyiah Asshaferah menerusi turut berkongsi perasaan sama apabila melihat keadaan anak-anaknya terpaksa menahan rindu untuk memeluk bapa mereka.

"Nampak tak, walaupun kuarantin di rumah, tapi sedih macam ini. Patuh SOP everyone,” ujarnya.

Rossalennah dan kedua-dua anaknya perlu melalui tempoh kuarantin selepas pulang dari Sabah baru-baru ini.

 

(FOTO: Instagram Shuk Sahar )