[VIDEO]Lambaian rindu bapa dari Singapura

Iklan
Lambaian rindu bapa dari Singapura

RINDU! Siapa yang pernah melalui perpisahan akan faham bagaimana peritnya menanggung perasaan itu.

Begitulah yang terjadi kepada seorang bapa yang bekerja di Singapura ini yang hampir lapan bulan tidak berjumpa dua anak dan isterinya.

Iklan
Iklan

Menerusi posting yang dimuat naik dalam laman Facebook Mohd Izwan, dia membuat panggilan video kepada isterinya, dari Woodlands Waterfront Park di Singapura, Isnin lalu.

Iklan

Dia pergi ke sebuah jeti di Woodlands dan memanggil keluarganya yang berada di tebing bertentangan di Johor Bahru.

Dalam video tersebut, dia sedang menelefon keluarganya sambil berdiri sedekat mungkin dan melambaikan tangan kirinya.

Iklan

Turut didengari suara dua anak Mohd Izwan yang ceria sambil berkata 'hai papa'.

Selain itu, keluarga Mohd Izwan turut memuat naik video menampakkan sesi pertemuan mereka dari tebing Johor.

Seorang saudaranya turut berkongsi video dan gambar isterinya memegang anak-anak Izwan ketika mereka semua melambai dari jauh.

Sempadan Malaysia dan Singapura ditutup sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan18 Mac lalu, bagi mengekang penularan Covid-19.

Bulan lalu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dilaporkan berkata, pembukaan sempadan sepenuhnya Malaysia-Singapura bergantung kepada situasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sehingga Disember ini.