Banyaknya hutang nak settle... Ini cara paling senang nak simpan RM400-RM1000 sebulan

Iklan
Banyaknya hutang nak settle... Ini cara paling senang nak simpan RM400-RM1000 sebulan

SUSAH nak menyimpan setiap bulan? Ada sahaja nak bayar itu ini kan.

Lagilah jika hutang yang agak banyak perlu dilunaskan setiap bulan...

Iklan
Iklan

Apa kata kita belajar buat simpanan kecil-kecil seperti yang dikongsi Eyfa Emir ini.

Iklan

Nampak sahaja kecil, tapi boleh simpan RM400-RM1000 sebulan tau!

Kata Eyfa, kalau ikut statistik AKPK, lima daripada 10 orang rakyat Malaysia tak ada simpanan sekurang- kurangnya RM1000.

Iklan

Mari kita hadam perkongsiannya bagaimana tiga cara atau seni menyimpan yang praktikal.

Semoga dapat bantu anda mula buat simpanan sebelum langsai hutang.

1. Sediakan tabung

  • Boleh guna apa-apa bekas yang ada kat rumah
  • Eyfa guna tin biskut je
  • Tak pun beli kat kedai RM2  Comel-comel jugak
  • Letak tabung kat tempat yang senang nampak. Jadi bila ada duit je terus masukkan dalam tabung

2. Belajar minta diskaun

  • Lepas ni kalau pergi mana-mana, cuba minta diskaun
  • Walaupun diskaun RM1, terima je. Balik rumah simpan RM1 dalam tabung
  • Memang tak semua kedai bagi diskaun, tapi cuba je minta
  • Untung nasib timbul, untung batu tenggelam. Eh, sesuai ke peribahasa ni? Haha. Apa-apa jelah.

Artikel berkaitan: Alhamdulilah, TNB bagi diskaun bil elektrik sehingga Disember

3. Bayar setiap kali masuk toilet

  • Buat toilet rumah macam toilet public
  • Setiap kali nak masuk toilet bayar:

    -50 sen untuk buang air

    -RM1 untuk mandi

  • Jangan terkejut, lepas 30 hari berapa banyak duit boleh

    simpan

Ye faham, nampak mengarut dan leceh. Tapi ni adalah seni menyimpan yang kreatif untuk galakkan kita menyimpan. Kalau tak bila lagi?

Selama ni sifu-sifu kewangan selalu ajar simpan 10% daripada gaji atau pendapatan. Hakikatnya tak semua mampu buat. Disebabkan tight budget dan cashflow yang negatif.

Jadi cuba anda buat tips yang simple ni. Nanti tengok hasilnya sendiri. Semoga bermanfaat.

Sumber: Eyfa Emir