Covid-19: Disarankan jual aset kepada ahli keluarga jika kesempitan kewangan - Pakar

Iklan
10 perkara penting perlu buat bila usia mencecah 30 tahun

SEPERTI ramai sedia maklum, bermula Oktober, para peminjam perlu menyambung pembayaran hutang bank setelah tamatnya perjanjian moratorium yang telah dilaksanakan selama enam bulan bermula April lalu.

Peminjam yang menghadapi masalah membayar balik pinjaman perlu merancang dan bertindak lebih awal mengurus hutang atau bertemu pihak bank untuk membuat sebarang rundingan dan persetujuan baharu antara dua pihak.

Iklan
Iklan

Selain itu, bagi mana-mana individu yang masih belum menemui jalan penyelesaian atau pendapatan utama masih terjejas disaran menjual aset kepada ahli keluarga dan saudara mara yang lebih berada jika mengalami kesempitan kewangan terutama pada musim pandemik Covid-19.

Memetik laporan portal media tempatan, Pensyarah Putra Business School Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Abu Sofian Yaacob berkata, langkah itu sekali gus memudahkan jalan untuk mereka menebus kembali aset berkenaan jika keadaan kewangan pulih kelak.

Iklan

Sebelum ini, Pakar Kewangan Keluarga, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Mohamad Fazli Sabri menjelaskan kedudukan kewangan rakyat akan berada pada tahap kritikal sekiranya gelombang ketiga Covid-19 melanda negara.

Iklan

Katanya, walaupun semakin ramai sudah mula mempunyai kesedaran untuk menyimpan tetapi simpanan itu dilihat tidak mencukupi menghadapi tempoh kecemasan.

Dalam pada itu Dr Abu Sofian menjelaskan pembeli juga dinasihatkan untuk tidak terlalu berkira dalam urusan penjualan sehingga menawar harga yang terlampau rendah.

Katanya, penjual juga tidak boleh terlalu sedih dan berfikiran positif aset itu dapat ditebus kembali apabila kewangan kembali pulih.

Penyelidik Ekonomi Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), Adli Amirullah sebelum ini berkata, kerajaan perlu membuat suntikan fiskal secara terus kepada golo­ngan-golongan yang terkesan berbanding menggunakan kaedah yang memaksa mereka menggunakan simpanan masa depan mereka sendiri.

[caption id="attachment_11136" width="1024"] MULAKANLAH membuat simpanan dari sekarang demi masa depan yang tidak boleh dijangka.[/caption]

Dalam pada itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, menjelaskan apa yang disaran itu agak sukar dilaksanakan secara praktikal.

Paling penting tegasnya, perlu ada satu badan yang memantau prosedur jual beli dan memastikannya mengikut undang-undang sedia ada.

Sebelum ini, Presiden Hartaguam, Datuk Nazri Mustafa yang mencadangkan kerajaan supaya menggubal segera undang-undang yang memberi kuasa supaya semua perjanjian ditandatangani sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diberi lanjutan masa secara automatik tanpa denda selama 60 hari.

Jelasnya, kelonggaran sama diberikan terhadap perjanjian yang terkesan dengan tempoh 'pembekuan aktiviti' dalam PKP.

Ia dapat mengelakkan banyak pertikaian berkaitan masa, yang dinyatakan dalam perjanjian dan apa jua kontrak yang sudah ditandatangani sebelum PKP.

Sumber : astroawani