PKPB Klang: Untuk lepas sekatan jalan raya perlu surat majikan, tak perlu kebenaran polis

Iklan
PKPB Klang: Untuk lepas sekatan jalan raya perlu surat majikan, tak perlu kebenaran polis

SEPERTI diketahui umum Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Mukim Klang bermula hari ini dan kali ini dilihat lebih fleksibel malah pengalaman Mac lalu menjadikan orang ramai lebih bersedia berdepan situasi itu.

Antara prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan adalah penduduk yang bekerja tidak dibenarkan keluar dari kawasan terlibat dan tidak boleh bekerja sepanjang tempoh PKPB.

Iklan
Iklan

Sepanjang PKPB sekatan jalan raya (SJR) akan dibuat bagi memantau pergerakan dan aktiviti penduduk setempat.

Namun begitu, pekerja yang tinggal di kawasan dilaksanakan SJR di mukim Klang yang terpaksa keluar juga bekerja atas urusan tertentu, perlu mendapatkan surat kebenaran pergerakan daripada majikan masing-masing supaya tidak timbul masalah ketika melalui SJR.

Iklan

Memetik laporan portal media tempatan, Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, pekerja yang mempunyai surat pelepasan perjalanan daripada majikan tidak perlu mendapatkan kebenaran polis untuk keluar bekerja.

Iklan

Noor Azam berkata demikian bagi mengelak kekeliruan orang ramai mengenai pergerakan di mukim Klang yang dikenakan PKPB mulai hari ini hingga 23 Okt.

Beliau berkata pelaksanaan SJR diadakan di Bayu Perdana, Sri Andalas serta Bukit Tinggi dalam mukim Klang.

Beliau turut mengingatkan orang ramai untuk memastikan butiran pada borang berkenaan diisi dengan lengkap bagi mengelak kesesakan ketika mereka melalui SJR yang dijalankan pihak polis.