Tayang kekayaan di Instagram, Billionaire Gucci Master ditangkap atas kesalahan ‘Macau Scam’

Iklan
Tayang kekayaan di Instagram, Billionaire Gucci Master ditangkap atas kesalahan ‘Macau Scam’

SEJAK dua menjak ini isu ‘Macau Scam’ hangat diperkatakan orang ramai. Tambahan pula baru-baru ini seorang selebriti tempatan dipanggil oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan pengubahan wang haram didalangi sindiket tersebut.

SPRM juga mengeluarkan kenyataan yang mana mereka mempunyai senarai individu termasuk selebriti dan ahli perniagaan yang dikesan terbabit dalam aktiviti 'mencuci' wang sindiket Macau Scam.

Iklan
Iklan

Bagi yang kurang maklum, ‘Macau Scam’ adalah sindiket penipuan telekomunikasi yang memperdaya mangsa dengan membuat panggilan palsu hingga mampu mengakibatkan kerugiaan jutaan ringgit.

Terbaharu, seorang pengguna laman Facebook (FB) yang dikenali sebagai lesya Toh mendedahkan satu lagi kes seumpama itu yang melibatkan seorang ‘Insta Famous’ di Dubai.

Iklan

Menurut perkongsian laman FB tersebut, kira-kira sebulan yang lalu individu yang dikenali sebagai Ramon Olorunwa Abbas atau lebih dikenali dengan nama Ray Hushpuppi telah berjaya ditangkap oleh pihak berkuasa.

Iklan

Individu tersebut adalah seorang rakyat yang berasal dari Nigeria.

Dengan menggunakan nama gelaran di laman sosial Instagram miliknya iaitu Hushpuppi yang mempunyai 2.5 juta pengikut, dia ini tampak sering berkongsi kehidupannya yang serba mewah.

Hampir setiap hari dia berkongsi koleksi kenderaan mewah miliknya ke tempat-tempat mewah di serata dunia dengan menaiki jet peribadi dan membeli beberapa jam tangan berjenama mewah.

Dia juga sering membeli belah pakaian yang berjenama ribuan dollar.  Apa sahaja keluaran terbaru terutama yang keluaran terhad dari jenama mewah akan dibelinya terlebih. Sehinggakan dia menggelar dirinya sebagai"Billionaire Gucci Master”.

Kerana sering berkongsi segala kemewahan yang dimilikinya di Instagram, secara tidak sedar dia telah menarik minat pihak FBI untuk mengenali siapa dirinya.

Dia mendakwa segala kemewahan yang dimiliki datang dari hasil perniagaannya tetapi dia tidak pernah memberitahu apa jenis perniagaan yang dijalankan kepada umum.

Selama hampir empat bulan pihak FBI mengekori dan memantau segala pergerakannya serta membuat sisasatan hanya melalui akaun instagram miliknya.

Sepandai pandai tupai melompak akhirnya jatuh ke tanah juga!

Ya! Akhirnya, kecekapan pihak FBI telah dapat mengetahui bahawasanya Hushpuppi adalah seorang ‘scammer’ dalam talian.

Abbas mempunyai rangkaian pasukan yang terdiri seramai 12 orang sahaja. Modus operandi Abbas dan pasukannya adalah menghantar e-mail palsu ke beberapa buah pasukan bola sepak dan bintang-bintang bola sepak yang tertumpu di Liga Perdana Inggeris di UK.

Dengan menggunakan kepakarannya, mereka berjaya masuk ke dalam data peribadi perbankan pasukan dan pemain tersebut.

Mereka juga mempunyai kepakaran dalam memindahkan wang yang telah di scam itu ke beberapa akaun palsu mereka di beberapa buah negara di serata dunia hanya dengan transaksi dalam talian.

Mereka berjaya memindahkan wang-wang tersebut berjuta-juta dollar setiap hari.

Setelah pihak FBI mempunyai cukup bukti, mereka dengan kerjasama Police Dubai merancang penangkapan ke atas Abbas di tempat kediamannya di sebuah kediaman mewah di pusat bandar Dubai.

Operasi khas itu dinamakan"Operation Fox Hunt 2”.

Abbas dan beberapa orang rakannya berjaya ditangkap pada malam ketika dia sedang tidur.

Polis Dubai juga telah membuat video khas pada malam operasi penangkapan Abbas itu.

https://youtu.be/V29eGDH-nM0

Kini Abbas atau Hushpuppi serta rakan subahatnya telah dihadapkan di mahkamah DOJ di New York, Amerika Syarikat atas perbuatannya.

Apa yang menarik, Abbas juga pernah tinggal di Malaysia untuk beberapa ketika.

Begitulah pengakhiran seorang ‘Insta Famous’ dengan kehidupan yang serba mewah tetapi palsu hasil daripada wang yang ditipu setiap hari!

Kredit : lesya Toh page