Garmin Venu SQ terbaharu lebih stail, canggih

Iklan
feature garmin alif 1

GARMIN Malaysia melancarkan Edisi Venu Sq dan Venu Sq Music iaitu jam GPS terbaharu untuk melengkapkan siri gaya hidup Venu yang pertama kali diperkenalkan pada tahun 2019.

Menurut Eksekutif Pemasaran Aeco Technologies Sdn Bhd, Sharifah Shahidah Syed Othman, Venu SQ direka bukan hanya untuk peminat kecergasan, malah sesiapa sesuai menggunakannya.

Iklan
Iklan

[caption id="attachment_23401" width="1024"] SHARIFAH SHAHIDAH (dalam bulatan) menunjukkan edisi Venu Sq dan Venu Sq Music Edition yang dilancarkan baru-baru ini. Terdapat pelbagai warna yang menarik yang boleh dipilih oleh anda.[/caption]

 

Iklan

Berikut ciri-ciri keistimewaannya:

i) Mesra poket

Iklan

Siri Venu Sq menampilkan paparan skrin sentuh Corning Gorilla Glass 1.3 dengan aluminium ringan dan jalur silikon yang selesa.

ii) Platform pantau kesihatan

Kepada yang mementingkan tahap kesihatan, inovasi baharu ini sangat sesuai kerana ia boleh memantau denyut jantung dalam tempoh 24 jam.

Selain itu, Venu SQ juga boleh memberi bacaan kepada pernafasan, amaran denyut jantung yang tidak normal (tinggi dan rendah), pengesanan kitaran haid, pengesanan tekanan dengan peringatan santai, penjejakan penghidratan dan banyak lagi.

Pemantauan tenaga Body BatteryTM yang inovatif membolehkan pengguna memantau tahap tenaga mereka yang dapat membantu menjadualkan waktu rehat, tidur dan sebagainya.

[caption id="attachment_23402" width="1024"] ALIF SATAR dilantik sebagai duta Garmin untuk Edisi Venu Sq dan Venu Sq Music Edition.[/caption]

iii) Keperluan harian

Pemberitahuan: Menerima pemberitahuan pintar seperti panggilan masuk, pesanan teks, peringatan kalendar dan banyak lagi.

Storan muzik: Pengguna boleh muat turun lagu menerusi Spotify, Amazon Music dan Deezer.

Keselamatan dan penjejakan: Menghantar lokasi masa nyata kepada kenalan ketika kecemasan. LiveTrack membolehkan rakan atau keluarga mengesan aktiviti pengguna.

Untuk keterangan lanjut, layari garmin.com.my/news/pressroom/.