SINAR PLUS 11 OKTOBER 2020

Iklan
farah lee

PERTAMA kali bertemu influencer popular, Farah Lee yang sedang melayan kerenah puteri tunggalnya, Maream Esabel Ally, 6, pada satu majlis milik rakannya beberapa minggu lalu, membuatkan penulis ingin mengetahui lebih lanjut tentang dirinya.

Seperti yang ramai maklum, Farah yang merupakan mantan isteri kepada personaliti sebuah stesen televisyen swasta, Ally Iskandar sebelum ini telah berhijrah ke United Kingdom (UK) untuk melanjutkan pelajaran.

Iklan
Iklan

Selepas dipelawa untuk sesi fotografi, akhirnya pada Khamis lalu, pemilik nama sebenar Nurfarahin Romli itu hadir ke Studio Sinar Karangkraf di Shah Alam, Selangor berpakaian serba hitam ditemani penasihat peribadinya.

[caption id="attachment_23350" width="1024"] AKSI Farah bersama puteri tunggalnya, Maream Esabel Ally berusia enam tahun ketika menerokai negara luar.[/caption]

Iklan

Membuka cerita, Farah memberitahu SinarPlus, beliau  sebenarnya sudah berjaya menamatkan pengajian Sarjana Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Universiti Leeds, UK. Kemudian, dirinya dan Maream berjaya ‘terbang‘ ke tanah air sehari sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di Malaysia iaitu pada 17 Mac lalu selepas berhempas-pulas mencari tiket.

Kepada SinarPlus, Farah meleraikan andaian nakal warga maya. Mengapa?

Iklan

Jom ikuti perkongsian lanjut beliau dengan melayari E PAPER SINARPLUS terbitan Sinar Harian pada minggu ini.

Pada masa sama, pelbagai kisah masyarakat, kesihatan dan gaya hidup turut disajikan antaranya, Bariatrik Bukan Sebarangan Pembedahan dan Pak Lah Cecupak Kini Menderita.