Beruntung penjawat awam Pulau Pinang, dapat RM1,000 bonus bantuan khas

Iklan
Beruntung penjawat awam, dapat RM1,000 bonus bantuan khas

BERITA baik buat penjawat awam! Kerajaan Pulau Pinang hari ini mengumumkan bayaran bantuan khas kewangan (BKK) setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada 4,009 penjawat awam di negeri ini.

Memetik laporan portal media tempatan, Ketua Menteri Chow Kon Yeow ketika membentangkan Belanjawan 2021 Negeri Pulau Pinang di Dewan Undangan Negeri berkata, bayaran bonus itu melibatkan RM5.5 juta dan akan dibayar pada Disember 2020.

Iklan
Iklan

"Kerajaan negeri ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, Majlis Keselamatan Negara serta semua pasukan keselamatan, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) serta semua anggota perkhidmatan Persekutuan atas pengorbanan mereka sebagai petugas barisan hadapan, khidmat dan sokongan mereka untuk mengekang penularan wabak Covid-19 serta membantu memastikan kestabilan, keamanan dan ketenteraman awam," katanya.

Iklan

Beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih dan tahniah atas segala jasa dan pengorbanan barisan penjawat awam selaku tulang belakang kerajaan negeri kepada segala perancangan dan pelaksanaan dasar dan pembangunan negeri.

Iklan

Di samping itu Chow juga berkata, pembayaran sebanyak RM300 juga akan disalurkan kepada 1,587 Penyelia dan Guru KAFA, 343 Guru Sekolah Rendah Agama Rakyat, 263 Guru Sekolah Menengah Agama Rakyat serta 590 Guru dan Staf Sekolah Persendirian Cina serta pemberian RM200 seorang kepada seramai 320 Guru Tahfiz, Guru Pondok dan Guru TADIS Negeri Pulau Pinang pada Disember ini melibatkan tambahan perbelanjaan RM898,900.

Tahniah semua dan syabas kerajaan negeri atas keperihatinan bagi meringankan beban yang ditanggung rakyat hari ini.