BEKAS plastik yang berminyak agak renyah untuk dibersihkan.
Kadang-kadang dah sental beberapa kali pun masih belum hilang lagi kesan minyaknya.
Menerusi video tutorial yang dikongsi pengguna Twitter @ajezzzzzzz itu, hanya perlukan sabun cecair basuh pinggan, air dan tisu untuk menanggalkan kesan kotoran
berminyak. Mudah betul!
Katanya dia mendapat tahu tentang kaedah ini menerusi aplikasi TikTok.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah mendapat lebih 17,400 retweet dengan 17,300 tanda likes di Twitter.
Artikel berkaitan: Beruntung penjawat awam Pulau Pinang, dapat RM1,000 bonus bantuan khas
Pesannya juga untuk kaum lelaki, sekali-sekala tolong la mak atau isteri korang basuh pinggan dekat dapur.
"Paling malas pun, sila basuh cawan dan pinggan sendiri selepas makan k," pesannya.
Rata-rata warganet berasa kagum dan ada yang terus mencuba dan semestinya berkesan!