PELAKON Datuk Aaron Aziz, 44, meluahkan rasa berat hati untuk melepaskan anak sulungnya, Danish Anaqi, 16, untuk menyambung pelajaran di Jepun.
Menurut bintang utama Kau Yang Satu itu, anak lelaki tunggalnya itu akan berada di negara matahari terbit itu selagi tiga tahun bagi mengikuti kursus pra diploma dalam jurusan Politik Global.
"Tabarakallah Ya Allah. Kau lah sebaik-baiknya penjaga untuk anakku Danish Anaqi Aaron.
"Saya tinggalkan dia di tangan awak, Ya Allah. Lindungi dia dan semua pelajar dari bahaya yang dilihat atau tidak dilihat.
"Berat hati ini melihat anak sulungku ke luar negara untuk tiga tahun di Jepun," tulisnya di Instagram.
[caption id="attachment_23532" width="1020"] Keluarga Aaron Aziz.[/caption]
Dalam posting yang dimuat nai, Aaron turut menghantar anaknya ke lapangan terbang.
Rata-rata pengikut Instagram Aaron turut sama mendoakan kejayaan Danish dan kagum melihat remaja itu yang perlu berdikari di luar negara dan jauh dari keluarga.
Aaron yang mendirikan rumah tangga dengan Datin Diyana Halik turut mempunyai dua lagi cahaya mata, Dwi Ariana, 14, dan Dahlia Arissa, 10.
[embed]https://www.instagram.com/tv/CGPi6Hih1rg/?utm_source=ig_web_copy_link[/embed]