TERIMA KASIH Program Menunaikan Impian!"Impian pertama saya dah tercapai,” kata pengidap kanser otak tahap empat, Alleya Rumaiesyah Abdullah.
Program anjuran Persatuan Ziarah Sahabat Kanser (PZSK) dan Kem Isi Rimba itu merealisasikan impiannya untuk mengunjungi Pulau Langkawi.
Setelah impiannya untuk mengunjungi Pulau Langkawi tercapai, adik Alleya berumur 13 tahun kini berhasrat untuk bersua dengan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Remaja itu yang jelas gembira dapat menghabiskan masa selama tiga hari di pulau peranginan ini bersama ibu bapa dan lima adiknya.
Memetik berita portal media tempatan, Alleya turut dikatakan menangis apabila hasratnya untuk mandi di kolam renang hotel tercapai pada hari pertama percutian, Jumaat lepas.
Berasal dari Pelabuhan Klang, Selangor, Alleya Rumaiesyah dikesan menghidap barah otak ketika berusia tiga tahun dan telah sekian lama memasang impian untuk mengunjungi Langkawi.
Menurut bapanya Idaruzi Samsudin, 46, dia tidak mampu menunaikan hasrat anak sulungnya itu kerana kesempitan hidup.
Idaruzi berkata, anaknya itu sedang menjalani rawatan radioterapi di Hospital Kuala Lumpur serta Hospital Sungai Buloh dan dijadual melakukan Pengimejan Resonans Magnetik bulan depan selepas dimaklumkan tumor pada otaknya semakin membesar.
Sementara itu, Pengerusi PZSK Zaki Yahya berkata, Alleya merupakan pesakit kanser keenam Program Menunaikan Impian yang dilaksanakan pihaknya dengan kerjasama beberapa pertubuhan lain.
Semoga urusan adik Alleya dipermudahkan segala urusan dan segera sembuh dariada penyakit yang dihadapi.