CANGGIH macam Robocop! Itulah tanggapan awal warganet apabila melihat usaha yang dilakukan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam memerangi pandemik Covid-19 dengan memperkenalkan helmet pengimbas suhu.
Inisiatif terbaru tersebut juga merupakan nilai tambahan kepada kaedah sedia ada seperti pengimbas suhu di stesen, hand sanitizer dan sanitasi tren.
Dalam kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebook rasminya, KTMB memaklumkan, helmet pengimbas suhu itu dipakai oleh anggota Polis Bantuan (PB) yang membuat rondaan di stesen tren bagi mengesan penumpang bergejala melalui alat teknologi canggih itu.
Jelas KTMB lagi, dengan penggunaan helmet tersebut, anggota Polis Bantuan (PB) yang membuat rondaan akan dapat mengesan penumpang bergejala melalui alat teknologi canggih itu.
Nampaknya kaedah yang dilaksanakan oleh KTMB ini memang cukup sesuai dengan keadaan semasa.
Maklum sahaja kita semua sedang berusaha untuk memutuskan rantaian penularan Covid-19 yang sejak dua menjak ini dilihat makin tidak terkawal sehingga Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) terpaksa dilaksanakan di kawasan-kawasan tertentu.
Tambahan pula mungkin juga ada individu yang terlepas untuk mengimbas suhu badan di pintu masuk stesen.
Justeru, dengan kaedah itu diharap dapat memantau situasi semasa dengan lebih berkesan dan sistematik.
Syabas KTMB! Kalau korang nak tengok Robocop versi tempatan boleh kunjungi KTMB, tapi jangan pula sibuk mintak bergambar pula. Mereka tengah menjalankan tugas bukan Robocop betul pun!