SELEPAS muncul dalam program live Gegar Vaganza Ahad lalu, berita mengejutkan apabila dilaporkan penyanyi Noryn Aziz telah selamat bernikah malam tadi.
Ada warganet yang mengusik mengatakan, ‘Patutlah wajah Noryn kelihatan berseri-seri pada konsert minggu pengenalan tersebut, rupa-rupanya seri bakal pengantin.’
Noryn selamat diijabkabul dengan jejaka pilihan hati, Shaik Rizal Shaik Sulaiman dalam satu majlis serba sederhana serta memenuhi prosedur operasi standard (SOP).
Majlis pernikahan tertutup itu berlangsung di Damansara.
Artikel berkaitan: Nelydia Senrose diperintah bayar ganti rugi RM89,000
Pasangan berkenaan juga pada awalnya merancang untuk mengadakan majlis resepsi di sebuah hotel terkemuka pada 1 November ini.
Bagaimanapun, rancangan itu terpaksa ditunda pada tarikh baharu sebaik selesai PKPB.
Ini merupakan pernikahan kedua bagi pasangan berkenaan.
Noryn pernah bernikah dengan Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad dan berpisah pada tahun 2019.
Hasil pernikahan mereka, pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Raja Bariq Umar Shah.
SinarPlus ucapkan tahniah kepada Noryn dan suami serta semoga berbahagia selamanya.