Facebook larang iklan haram anti-vaksin, perlu lalui proses pengesahan

Iklan
Facebook mengumumkan akan melarang sebarang iklan yang tidak menggalakkan orang ramai mendapatkan vaksin.

IKLAN haram adalah iklan yang tiada kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Iklan sebegini boleh ditemui sama ada di media cetak, elektronik, laman-laman web, blog termasuk juga Facebook yang menjadi tempat tumpuan.

Iklan
Iklan

Kaedah ini telah menjadi satu strategi pemasaran yang popular bagi pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mempromosikan produk mereka.

Menyedari masalah tersebut, Facebook mengumumkan akan melarang sebarang iklan yang tidak menggalakkan orang ramai mendapatkan vaksin.

Iklan

Sebelum ini, Facebook hanya melarang iklan anti-vaksin yang dikenal pasti oleh institusi rasmi seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit (CDC) Amerika Syarikat.

Kini, sebarang iklan yang mengesyorkan supaya orang elak daripada mendapatkan vaksin akan dilarang, berkuatkuasa dalam masa yang terdekat.

Iklan

Facebook bagaimanapun masih membenarkan iklan yang mempromosi atau membantah dasar kerajaan berhubung vaksin, termasuk vaksin Covid-19.

"Kami akan memastikan sesiapa yang melancarkan iklan-iklan tersebut melalui proses pengesahan dan meletakkan label ‘dibayar oleh’ supaya orang boleh tahu siapa di sebaliknya,” menurut satu kenyataan menerusi blog Facebook.

Pengguna Facebook dari Malaysia turut perlu melalui proses pengesahan sebelum mengeluarkan sebarang iklan berhubung isu sosial, pilihan raya atau politik.

Facebook juga dikatakan bakal melancarkan kempen vaksin selesema termasuk memperkenalkan beberapa ciri baharu pada platform itu yang mengandungi maklumat berkaitan vaksin.

Syarikat Silicon Valley itu bekerjasama dengan beberapa organisasi kesihatan antarabangsa dalam usaha untuk mempromosikan vaksin menjelang musim influenza di negara-negara Barat hujung tahun ini.

Kempen tersebut dimulakan di Amerika Syarikat sebelum dikembangkan di beberapa negara lain.