Ammar Alfian, isteri sah bercerai secara tebus talak

Iklan
Ammar Alfian

PELAKON Ammar Alfian Aziz sah bercerai secara tebus talak dengan isteri, Nelissa Nizam, hari ini.

Berita tersebut dikongsi bintang filem Paskal itu menerusi laman Instagramnya dengan memuat naik fotonya bersama peguam yang membantu dalam urusan tersebut.

Iklan
Iklan

"Alhamdulillah. Hari ini mahkamah benarkan saya dan bekas isteri bercerai secara tebus talak dengan bayaran iwad dibayar oleh bekas isteri kepada saya RM7000,” katanya.

Dalam perkongsian sama, Ammar, 33, memberitahu kebenaran akhirnya terbongkar dan sekali gus memberi bayangan tentang kemelut sebenar yang melanda rumah tangganya sebelum ini.

Iklan

"Sekarang satu Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan tahu perangai sebenar dia.

"Apa yang telah dia lakukan terhadap ibu bapa saya dan saya tidak akan maafkan, Justice has been served,” ujarnya.

Iklan

Terdahulu pada Januari lalu, Nelissa, 31, membuat tuntutan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, namun ditolak oleh Ammar.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada Mac 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Kyro Shakur yang kini berusia setahun.

 

(SUMBER: Instagram Ammar Alfian)