Hebat, hospital-hospital di Malaysia diiktiraf di peringkat antarabangsa

Iklan
feature mhtx

MALAYSIA sekali lagi membuktikan keunggulannya apabila menerima pengiktirafan pada Anugerah Pelancongan Perubatan 2020 anjuran International Medical Travel Journal (IMTJ) baru-baru ini apabila memenangi anugerah rebutan ramai iaitu Pelancongan Kesihatan dan Perubatan: Destinasi Terbaik Tahun Ini.

Kemenangan itu merupakan kali keempat untuk Malaysia setelah meraihnya sebanyak tiga kali berturut-turut dari tahun 2015-2017.

Iklan
Iklan

Anugerah itu disifatkan bakal meningkatkan lagi kedudukan Malaysia sebagai Pusat Penjagaan Kesihatan Mengagumkan Di Dunia (World’s Healthcare Marvel) sekali gus mencerminkan komitmen teguh daripada organisasi berkaitan bagi memastikan kesinambungan daripada sektor Penjagaan Kesihatan Malaysia ketika pandemik COVID-19.

[caption id="attachment_23801" width="1024"] MALAYSIA meneruskan momentumnya sebagai pusat penjagaan kesihatan mengagumkan di dunia. Tahniah! Gambar kecil ialah Ketua Pegawai Eksekutif MHTC, Sherene Azli.[/caption]

Iklan

Selain itu, beberapa institusi peneraju penjagaan kesihatan swasta Malaysia turut meraih kemenangan di dalam anugerah berprestij tersebut:

1. Thompson Hospital Kota Damansara – Inisiatif Kualiti Terbaik (Best Quality Initiative)

Iklan

2. Sunway Fertility Centre – Klinik Fertility Antarabangsa Terbaik Tahunan (International Fertility Clinic of the Year)

3. Prince Court Medical Centre – Hospital Antarabangsa Terbaik Tahunan (International Hospital of the Year)

4. Sunway Eye Centre – Klinik Mata Antarabangsa Terbaik Tahunan (International Eye Clinic of the Year)

Majlis Anugerah Pelancong Perubatan IMTJ 2020 yang berlangsung di atas platform maya pada tahun ini meraikan pencapaian cemerlang di dalam sektor pelancongan perubatan di seluruh dunia.  Setiap penyertaan dinilai oleh panel pakar-pakar antarabangsa yang diiktiraf global.

Antaranya ialah Ketua Pengarang IMTJ, Keith Pollard; Pengerusi Eksekutif LaingBuisson, Pengerusi Panel Penghakiman UK; Lutz Lungwitz, Presiden Persatuan Perubatan Kesejahteraan Jerman; Dr Claudia Mika, CEO firma TEMOS; Laszlo Puczko, Pengasas Pelancongan Kesihatan Sedunia, dan Presiden Latihan Pelancongan Perubatan, Elizabeth Ziemba.

[caption id="attachment_23800" width="1024"] HOSPITAL-HOSPITAL di Malaysia menerima sejumlah 1.3 juta pelawat penjagaan kesihatan pada 2019 sekali gus mengukuhkan lagi status Malaysia sebagai destinasi pelancongan kesihatan di mata dunia.[/caption]

Sementara itu, Majlis Pelancongan Penjagaan Kesihatan Malaysia (MHTC) meneruskan kemenangan kali keempat anugerah Kluster Terbaik Tahun ini. Anugerah itu diberi berdasarkan perkongsian kukuh swasta-awam yang menjadi nadi kepada pertumbuhan pesat Penjagaan Kesihatan Malaysia sejak beberapa tahun ini.

MHTC adalah sebuah agensi yang telah diberi mandat untuk memajukan industri pelancongan kesihatan negara.

Ketua Pegawai Eksekutif MHTC, Sherene Azli berkata, kejayaan itu sekali lagi menunjukkan keyakinan global terhadap kecemerlangan prasarana kesihatan di Malaysia untuk pelancong penjagaan kesihatan.

"Semua ini wujud kerana dedikasi dan usaha semua pihak terlibat. Ini mendorong kami untuk terus menambah baik penyampaian perkhidmatan dan mengekalkan jenama Penjagaan Kesihatan Malaysia supaya terus gemilang,” katanya baru-baru ini.

[caption id="attachment_23806" width="1024"] SHERENE berkata, pihaknya beriltizam untuk mempersiapkan diri untuk menerima ketibaan pelawat penjagaan kesihatan yang mahu dapatkan rawatan di hospital-hospital di negara ini yang mempunyai banyak pakar dan hospitaliti terbaik.[/caption]

Mengulas lanjut, beliau berkata, ketika industri pelancongan penjagaan kesihatan masih terkesan akibat pandemik COVID-19, sektor Penjagaan Kesihatan Malaysia secara proaktif berusaha menyediakan pelan pemulihan untuk industri dengan mengetengahkan keupayaan dan kekuatan negara sebagai penyedia penjagaan kesihatan berkualiti bertaraf dunia.

Sumber Foto: Facebook Prince Court Medical Centre, Thompson Hospital Kota Damansara, Sunway Fertility Centre dan Sunway Eye Centre