Rumah tangga didakwa bergolak, Syamsul akui dalam proses perbaiki hubungan

Iklan
Untitled design

SETELAH memilih untuk berdiam diri mengenai dakwaan rumah tangganya bergolak, pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof mengakui dia dan isteri, Puteri Sarah Liyana kini dalam proses memperbaiki hubungan.

Iklan
Iklan

Jelas Syamsul atau nama sebenarnya, Mohd Syamsul Mohd Yusof, 36, mereka juga mengambil inisiatif dengan meminta nasihat daripada individu yang lebih pakar.

Malah dia juga berharap orang luar mendoakan yang baik-baik sahaja untuk rumah tangga mereka yang kini sedang diuji.

Iklan

Syamsul berkata demikian sebaik ditemui selepas selesai membuat laporan polis di Balai Polis Taman Melawati, Kuala Lumpur terhadap satu akaun Instagram yang telah memberikan ancaman dan ugutan keselamatan terhadap dirinya dan keluarga, baru-baru ini.

Sementara itu, pengarah filem blokbuster Munafik itu tidak menolak punca permasalahan rumah tangga disebabkan kesibukannya kerjanya sebagai seorang pelakon, pengarah dan penyanyi.

Iklan

Hubungan pasangan ini dikatakan dilanda badai selepas Sarah dilihat hadir ke Pejabat Agama Islam Daerah Gombak pada 18 September lalu. Kehadiran Sarah ke sana turut ditemani ibu mertuanya, Datin Fatimah Ismail.

[caption id="attachment_23833" width="1020"] Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata, Syaikhul Islam, 3, dan Sumayyah, setahun.[/caption]

Sumber : Kopiplanet.com