PKPB: Wanita Kudat bantu golongan memerlukan dengan ‘Rak Kongsi Rezeki’

Iklan
PKPB: Wanita Kudat bantu golongan memerlukan dengan ‘Rak Kongsi Rezeki’

CAKNA dengan kesusahan dihadapi penduduk sekitar terutamanya golongan kurang berkemampuan yang terkesan ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), seorang usahawan wanita menggerakkan projek ‘Rak Kongsi Rezeki’ bagi memastikan mereka yang memerlukan mendapat bekalan makanan.

Inisiatif itu digerakkan Norlizah Gurahman, 33, yang menyediakan pelbagai keperluan bekalan makanan seperti tepung, beras, gula, minyak masak, telur, susu, biskut dan makanan dalam tin yang diletakkan di 15 masjid serta surau di sekitar daerah Kudat, Sabah.

Iklan
Iklan

Memetik laporan portal media tempatan, beliau dibantu tiga rakannya, Anati Lattif, 33; Siti Syabira Izzati Mohd Safee, 26; dan Marhain Muhammad, 23, serta beberapa sukarelawan bagi menjayakan projek tersebut.

Iklan

Norlizah berkata, beliau bersama rakan-rakannya akan memantau dan menambah stok keperluan barang makanan di semua ‘Rak Kongsi Rezeki’ tersebut bagi memastikan bekalan yang berterusan untuk kemudahan penduduk yang memerlukan.

Beliau turut mengalu-alukan individu atau pihak lain yang mahu menyumbang barangan keperluan untuk diletakkan di rak itu.

Iklan

Masjid lain ialah Masjid Al-Ihsan PPR Taman Ehsan, Masjid Ar Rahman Kampung Muhibbah, Masjid Imam Hj Dusaan Kampung Korina Sikuati, Masjid Tun Mustapha Kampung Limau-Limauan, Masjid Al-Badar Kampung Parapat Laut, Surau Kampung Milau dan Surau Nur Budiman, Kampung Pantai.