Langsai hutang RM20K dalam 2 bulan, ini tip mudah boleh jadi panduan

Iklan
Langsai hutang RM20K dalam 2 bulan, ini tip mudah boleh jadi panduan

BILA sebut je pasal hutang, SinarPlus percaya ramai antara kita tidak terlepas daripadanya.

Apa yang selalu kita dengar hutang wajib dibayar walaupun tidak dituntut. Pendek kata walaupun RM1, kita wajib membayarnya!

Iklan
Iklan

Ada yang kata dalam duit gaji sebulan, lebih separuh daripadanya adalah untuk bayar hutang.

Peningnya memikirkan hutang kan?

Iklan

Mungkin ini boleh membantu kita semua untuk keluar daripada bebanan hutang.

Iklan

Kongsinya;

Disclaimer: Ni adalah pengalaman saya sendiri. Mungkin result berbeza dengan anda.

Sebenarnya saya dah mula plan untuk selesaikan hutang sejak 7 tahun lalu. Tapi proses tu lambat sebab tak tahu Debt Buster Method.

Rupanya bila dah belajar restructure semula kewangan peribadi, baru nampak nak buat macam mana. So memang all out la dua bulan ni.

Jangan risau kalau gaji kecil, tak ada bisnes besar dan tak ada support anda.

Sebab ada jalannya. Cuma step dia agak panjang. Tapi saya kongsikan 3 tip mudah ni pada anda semua:

1. Tuliskan semua hutang

  • Wajib tulis semua hutang dan jumlah baki.
  • Pilih hutang mana nak selesaikan dulu.
  • Saya sendiri bincang dengan coach kewangan hutang mana yang patut selesaikan dulu.
  • Fokus untuk selesaikan satu hutang dulu.

2. Kurangkan belanja

  • Stop beli tudung baru
  • Stop beli baju baru
  • Stop beli kasut baru
  • Stop/kurangkan makan luar
  • Stop merokok kalau anda perokok
  • Stop online shopping dan lain-lain
  • Kawal belanja sedia ada

Artikel berkaitan: Warganet kongsi pengalaman duduk sebelah pesakit positif Covid-19

3. Tambah pendapatan

  • Ramai stuck dekat sini sebenarnya.
  • Nak tambah pendapatan ada kaedah dan seninya.
  • Ada lima kaedah untuk tambah pendapatan.
  • Setiap kaedah ada prosesnya.
  • Kalau betul cara insyaAllah boleh dapat lebih 10k.

Alhamdulillah saya dah buat dan berjaya setelkan hutang RM20K yang mengganggu hidup saya. Lebih sakit hati kalau hutang disebabkan orang lain.

Jom kita cuba cara Eyfa Emir ini, cepat-cepat habiskan bayar hutang. Moga-moga berjaya.

Sumber: Eyfa Emir

Jom bebas hutang sama-sama