Jangan main-main dengan doa orang yang teraniaya - Alif Satar

Iklan
Alif Satar - SinarPlus

PENYANYI dan pengacara Alif Satar meluahkan rasa kesal apabila beberapa komponen termasuk brek motosikal berkuasa tinggi jenama BMW miliknya, dicuri inidividu tidak bertanggungjawab.

Menerusi perkongsian yang dilakukan menerusi laman Instagramnya hari ini, Alif turut mengingatkan tentang keberkesanan doa orang-orang yang teraniayai.

Iklan
Iklan

"Salam jumaat! Nak pesan, curi barang orang berdosa. Jangan main-main dengan doa orang yang teraniaya,” tulisnya.

Dalam masa sama, pengacara Big Stage2020 itu turut menitipkan pesanan agar mereka yang terlibat dalam kegiataan seperti itu agar segera bertaubat dan memohon maaf.

Iklan

"Kalau sesiapa kenal ada orang buat kerja macam ini, nasihatkan dia dan suruh dia bertaubat dan minta maaf dengan orang yang dia aniaya,” katanya.

Difahamkan kejadian tesebut berlaku di parkir kawasan kondominum Alif pada awal pagi tadi.

Iklan

Perkongsian tersebut menarik perharian ramai peminat dan pengikutnya yang rata-rata bersimpati dengan apa yang berlaku ke atas Alif dengan meninggalkan pelbagai reaksi dan komen memberikan kata semangat.

 

(SUMBER & FOTO: Instagram Alif Satar)