DALAM kehidupan moden pada masa ini, SinarPlus percaya ramai yang stres.
Pengamal Perubatan Am, Dr Zubaidi Ahmad dalam perkongsiannya mengatakan ramai orang mengalami rasa stres tanpa menyedari dia sebenarnya sedang mengalami stres.
Inilah yang dikatakan sebagai stres yang kronik.
Mari kita ikuti perkongsian beliau di Facebook miliknya.
Orang-orang pada zaman dulu juga mengalami stres tetapi dalam jangka masalah yang pendek.
Kita mengalami pelbagai masalah dari segi kehidupan peribadi (pekerjaan, kewangan), hubungan suami isteri, anak-anak dan rakan sekeliling kita, dan malah peralatan elektronik seperti telefon bimbit boleh menyebabkan kita stres.
Bayangkan kita bangun awal pagi sekitar pukul 5-6 pagi ketika kita masih memerlukan rehat (tidur) kerana tidak tidak dapat melelapkan mata malam semalam.
Kita terlalu risau dengan pekerjaan dan hal anak-anak kita.
Sampai di tempat kerja, kita pula marah kerana tak ada tempat pakir kereta. Sampai di meja tempat kita bekerja, seperti biasa kita menjadi sibuk dan tahap stres kita semakin meningkat.
Kemudian bila tamat bekerja, kita cepat-cepat keluar untuk mengambil anak atau mengelakkan kesesakan jalan raya.
Kita menjadi stres bila ada pemandu yang membunyikan 'hon' di belakang kita.
Artikel berkaitan: Risiko dijangkiti Covid-19 ketika dalam pesawat penerbangan adalah rendah – Kajian
Tentu kita biasa dengan situasi yang lebih kurang begini. Jika ia berlaku sesekali, mungkin tidak mengapa. Tetapi ia berlaku setiap hari, kita mengalami stres yang kronik.
Strss yang kronik, masa tidur kita bukan saja tidak mencukupi tetapi kualiti tidur kita juga teruk, pemakanan kita yang tidak seimbang dan tidak bernutrisi.
Kita tidak melakukan sebarang aktiviti fizikal. Apatah lagi aktiviti kerohanian yang akan membantu kita mendapat ketenangan dan kedamaian.
Ini menyebabkan kita akan menjadi lebih mudah mendapat penyakit atau mendapat penyakit pada usia yang lebih muda, berbanding dengan orang-orang yang terdahulu.
Jadi, kita haruslah amalkan cara hidup sihat iaitu kawal tekanan perasaan, tidur yang cukup, pemakanan yang seimbang serta lakukan aktiviti fizikal seperti bersenam. Itu kunci untuk sihat sepanjang hayat.
#HealthDrZubaidi