Tip untuk bakery beginner, elak kek bantat cara mudah

Iklan

PADA zaman kini, tiada lagi perkara mustahil kerana segalanya boleh dipelajari melalui ‘hujung jari’ sahaja.

Istimewa buat mereka yang ingin bergelar pengusaha bakery beginner, baru–baru ini terdapat beberapa panduan ringkas yang dikongsikan oleh @mekdikk_ melalui Twitternya.

Iklan
Iklan

Tulisnya, berikut beberapa panduan ringkas buat mereka yang baru sahaja berjinak-jinak ingin memulakan perniagaan itu.

Antaranya, periksa kualiti, tarikh luput bahan dan keadaan tempat penyimpanan supaya ia lebih tahan lama dan tidak mudah tercemar.

Iklan

Ia penting untuk menjaga kualiti kek yang dihasilkan tau!

Selain itu, semasa memukul adunan pula, caranya mestilah rendah terutamanya ketika memukul telur dan ia dilakukan dengan laju secara bertahap sehingga adunan tersebut mengembang.

Iklan

Orang ramai juga diingatkan agar pastikan mematuhi resipi kek tersebut misalnya mengikut sukatan dan bukannya menggunakan pendekatan ‘main-main agak’ sahaja.

Paling penting sekali adalah semasa proses membakar.

Kongsinya lagi, ketuhar mestilah dalam keadaan ‘pre-heat’ antara 5 ke 10 minit sebelum kek dibakar.

"Bukan itu sahaja, suhu yang digunakan juga mestilah sesuai (ikut resipi).

"Elakkan membuka pintu ketuhar secara kerap kerana ia akan membuatkan kek menjadi kempis (akibat tekanan udara),”.

Akhir sekali, apabila menuang mentega cair, ia dilakukan secara sedikit demi sedikit supaya ia bercampur sempurna.

Ketahuilah jika cairan mentega tidak sempurna, kek anda akan menjadi bantat (tidak kembang). Moga bermanfaat! Jom cuba.