PKPB : Aktiviti di gimnasium, padang bola sepak dan futsal dibenarkan tapi bersyarat

Iklan
PKPB : Aktiviti di gimnasium, padang bola sepak dan futsal dibenarkan tapi bersyarat

BAGI ‘kaki’ gym, sehari tak workout mesti tak sah! Semua orang tahu kepentingan senaman untuk kesihatan. Namun, disebabkan oleh penularan Covid-19, Perintah Kawalan Pergerakan (PKPB) bagi kawasan-kawasan yang terjejas terpaksa dilaksanakan.

Hal tersebut menyebabkan gimnasium dan beberapa acara sukan termasuk bola sepak tidak dibenarkan.

Iklan
Iklan

Di laman sosial, ramai yang merungut apabila hanya bangun, makan dan tidur sepanjang masa, sekali gus melahirkan kebimbangan berat badan naik dalam tempoh itu.

Alasan mereka kerana tidak dapat ke gimnasium, pusat kecergasan atau bermain bola seperti yang dilakukan sebelum ini sehingga mendapat perhatian Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Iklan

Oleh demikian, kerajaan juga telah membenarkan kembali gimnasium di kawasan yang dikenakan PKPB untuk beroperasi semula, dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketat dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), berkuat kuasa esok.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan turut membenarkan aktiviti sukan di padang bola sepak komersial dan pusat futsal, namun hanya bagi tujuan latihan, tertakluk kepada 10 peserta pada satu-satu masa.

Iklan

Keputusan itu dibuat pada Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) baru-baru ini, selepas mendengar permohonan dan rayuan daripada KBS, berhubung aktiviti sukan di gimnasium dan padang bola sepak komersial serta pusat futsal di kawasan PKPB.

Namun begitu, sementara menunggu SOP terkini yang bakal dikeluarkan MKN, kita juga sebenarnya boleh bersenam di rumah tanpa menggunakan sebarang mesin seperti di gimnasium.

Bersenam tanpa mesin mampu memberi kebebasan individu melakukan pergerakan mengikut keselesaan masing-masing.

Alternatifnya, korang boleh menggunakan bebanan bebas seperti dumbel yang memberikan rintangan kepada tubuh.

Banyak keistimewaan bersenam menggunakan bebanan bebas antaranya pergerakan menjadi lebih semula jadi, disesuaikan mengikut individu dan boleh dilakukan di mana-mana.

Paling menarik latihan dumbel tidak terikat seperti di gimnasium dan tidak memerlukan ruang yang luas. Permulaannya, korang boleh menggunakan botol air mineral kecil diisi pasir atau batu sebagai pemberat menggantikan dumbel.

Bersenam di rumah juga jauh lebih baik daripada keluar ke gimnasium tambahan pula kini kes demi kes postitif Covid-19 masih di tahap yang membimbangkan.

Jangan pula disebabkan keghairahan kita untuk keluar bersukan, kluster baharu pula muncul dalam tak sedar.