"LARIAN pertama di luar rumah sejak kuarantin kendiri selama 14 hari."
Itu perkongsian Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul yang memaklumkan beliau teruja
dapat melakukan larian pertama sejauh 11KM sebaik sahaja tamat kuarantin kendiri.
Tengku Zafrul turut bersyukur kerana selepas kuarantin di rumah, keputusan saringan Covid-19
yang terbaharu adalah negatif.
Katanya, larian hari ini di kawasan berbukit dengan 'elevation'.
Artikel berkaitan: PKPB : Aktiviti di gimnasium, padang bola sepak dan futsal dibenarkan tapi bersyarat
Beliau turut berkongsi foto ketika selesai melakukan larian tersebut.
Tengku Zafrul berjaya habiskan larian sejauh 11km hanya dalam tempoh 1 jam 8 minit.
Hasil tinjaun rata-rata warganet ucapkan selamat kembali bertugas buat menteri kewangan yang
memang terkenal dengan amalan gaya hidup sihat.