Losyen badan elak ‘sun burn’, jadi ancaman batu karang - Pakar

Iklan
Losyen badan elak ‘sun burn’, jadi ancaman batu karang - Pakar

KEBIASAAN yang sering kita lakukan untuk mengelakkan kulit terbakar atau ‘sun burn’ adalah dengan menggunakan losyen badan. Betul tak?

Namun tahukah bahawa losyen badan serta krim pelindung matahari yang digunakan ketika melakukan aktiviti rekreasi di laut seperti selam snorkel dan selam skuba boleh mengancam kepupusan batu karang.

Iklan
Iklan

Ya! Walau kedengarannya agak melucukan namun itu adalah realiti yang berlaku ketika ini apabila pelancong  lebih teruja untuk melindungi kulit mereka berbanding memahami tentang pemuliharaan serta kerosakan 'harta' berharga di lautan itu.

Memetik laporan portal media tempatan, pakar penyelidik batu karang Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Dr Tan Chun Hong berkata, krim pelindung matahari dan losyen badan berfungsi dengan membentuk satu lapisan atas permukaan kulit untuk menghalang cahaya matahari.

Iklan

Kandungan dalam krim pelindung matahari yang berbahaya kepada batu karang antaranya seperti Oxybenzone, Benzophenone-1, Benzophenone-8, OD-PABA, 4-Methylbenzylidene camphor, 3-Benzylidene camphor, nano-Titanium dioxide, nano-Zinc oxide, Octinoxate dan Octocrylene.

Iklan

[caption id="attachment_24265" width="840"] Kandungan dalam krim pelindung matahari berbahaya kepada batu karang antaranya seperti Oxybenzone, Benzophenone-1, Benzophenone-8, OD-PABA, 4-Methylbenzylidene camphor dan 3-Benzylidene camphor. --fotoBERNAMA[/caption]

Bagaimanapun, beliau berkata, kesalahan tidak boleh dituding kepada pelancong semata-mata kerana mereka tidak tahu mengenai impak aktiviti rekreasi itu kerana tidak diberi kesedaran dan pendidikan yang mencukupi.

Selain itu, ancaman kemusnahan batu karang terbahagi kepada dua iaitu faktor alam semula jadi seperti arus ombak kuat serta tsunami dan aktiviti manusia yang menyumbang kepada pemanasan global seperti El Nino seterusnya berlaku fenomena kelunturan warna yang menyebabkan batu karang itu mati.

Tambahnya, ramai yang beranggapan bahawa aktiviti pelancongan di pulau-pulau Malaysia adalah faktor terbesar menyebabkan ancaman kemusnahan batu karang di negara ini sedangkan anggapan itu kurang tepat kerana setiap individu adalah bertanggungjawab terhadap ancaman itu.

Setakat ini, dunia telah mengalami tiga kali kelunturan warna karang yang berskala besar iaitu pada 1997 hingga 1998, 2010 dan paling kritikal pada 2016 hingga 2017 yang menyebabkan kematian tinggi ekosistem terumbu karang terbesar di dunia yang terletak di Australia (Great Barrier Reef), malah ada sesetengah kawasan di situ mengalami kematian 90 hingga 95 peratus.

[caption id="attachment_24266" width="1024"] Tan menunjukkan batu karang yang bertukar putih selepas mati disebabkan pelbagai faktor[/caption]

Bagaimanapun, Malaysia masih bernasib baik impak kelunturan warna itu hanya menyebabkan kematian antara lima hingga 10 peratus sahaja namun, dengan suhu global yang semakin meningkat dan tidak terkawal berkemungkinan Malaysia akan menerima tempiasnya.

Ditanya apakah peranan UMT dalam memastikan kelestarian ekosistem terumbu karang agar ia mampu bertahan untuk generasi akan datang, beliau berkata beberapa kumpulan penyelidik universiti itu giat melakukan beberapa kajian berkaitan sistem reproduktif, tumbesaran dan merekodkan sebanyak mungkin lokasinya di perairan negara.

Beliau turut menyarankan agar kerajaan melaksanakan pengkelasan zon untuk memelihara kewujudan terumbu karang yang masih ada di perairan Malaysia agar mudah untuk agensi penguatkuasa membuat pemantauan.

BERNAMA