Warganet bergurau mohon Air Selangor pergi jumpa ustaz akibat sering mendapat ‘gangguan’

Iklan
Warganet bergurau mohon Air Selangor pergi jumpa ustaz akibat sering mendapat ‘gangguan’

WARGANET bab-bab ini memang kreatif! Hari ini media sosial sekali lagi dibanjiri dengan posting masalah gangguan air yang kini sedang melanda negeri Selangor yang menyebabkan beberapa daerah kini terjejas bekalan.

Tidak sampai sebulan, ribuan penduduk di Lembah Kelang kembali mengeluh apabila sekali lagi dibebani gangguan bekalan air.

Iklan
Iklan

Gangguan tersebut nampaknya semakin kerap berlaku sejak kebelakangan ini dan menyebabkan penduduk turut berang.

Disebabkan itu kini media sosial dibanjiri dengan jenaka dan sindiran orang ramai yang kini menjadikan media sosial seperti Facebook dan Twitter tempat mereka meluahkan isi hati yang terpendam.

Iklan

Seperti ciapan di laman Twitter daripada Najwa Mutalib (@najwamutalib):"Air dekat Selangor ni dah boleh pergi jumpa ustaz kot asyik kena gangguan je..”

Ternyata posting ‘nakal’ tersebut mencuit hati warganet selepas tulisan itu mendapat puluhan ribu tanda suka dan puluhan ribu juga ulang kicau sehingga tular juga pada aplikasi whatsapp kumpulan.

Iklan